-->

Tulis sesuatu dan tekan Enter

ads here
On
advertise here

Hari Yang paling tak best aku pernah aku lalu...2 kawan baik abang ngah (mohd hafiz bin ahmad) dan Jawa( mohd zairi bin zainal) telah kembali ke rahmatullah pada hari rabu 21hb oktober 2009 bersamaan 2 zulkaedah ....

aku tak sempat datang malam kejadian sebab baru je balik dari umah 'my amoi' punye kakak..tak sangka malam tu jugak terjadinya kejadian ni..dalam bulan oktober saja dah 5 kematian orang terdekat aku terima...aku pon dah dekat gak nie... semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat..amin..

esok ada event kat kompleks penghulu parit jawa...abg ngah n jawa terlibat dalam pengurusan futsal esok..tapi apakan daya LsX kehilangan dua tenaga hebat ni..rasa macam nak sebak plak..

:(

2 maut langgar pokok kuinin



MUAR: Dua sahabat maut apabila motosikal ditunggangi mereka terlanggar pokok kuinin tumbang yang merentang laluan di Jalan Bukit Mor di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, penunggang motosikal Modenas Kriss, Muhammad Hafiz Ahmad, 16, mati di tempat kejadian manakala rakannya yang membonceng, Mohammad Zairi Zainal, 18, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Motosikal mangsa dikatakan merempuh pokok itu yang tumbang akibat ribut sebelum terbabas beberapa meter sebelum Mohammad Zairi turut tersangkut di celah dahan pokok berkenaan.

Seorang lagi rakan mangsa dikenali Ashraf yang menunggang motosikal berasingan turut mengalami luka apabila terjatuh selepas membrek bagi mengelak merempuh pokok sebesar pemeluk itu.

Pokok berkenaan tumbang akibat ribut yang melanda sekitar Parit Jawa selepas jam 12 tengah malam, yang turut mengakibatkan 16 rumah di Parit Penyengat Darat, Parit Pechah, Jalan Benting, Parit Jawa dan Bukit Mor, tercabut bumbung.

Bapa mangsa, Ahmad Gongang, 51, berkata ketika kejadian, anaknya, Muhammad Hafiz dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Bukit Mor Baru selepas keluar minum bersama rakan-rakan.

Sebelum itu, katanya, anak kedua daripada lima beradik itu memaklumkan mahu keluar membantu satu keluarga di Taman Bintang di sini, menjejaki rakan sekelasnya yang melarikan diri ke Kuala Lumpur.

“Angah cuba membantu ibu bapa rakannya, Muhammad Qayyum (Maula Mistam, 16) yang melarikan diri sejak 5 Oktober lalu. Ini kerana pada Jumaat lalu, arwah dan Qayyum ada bersembang melalui Internet.

“Apabila gagal menghubungi Qayyum melalui Internet, angah dan Zairi keluar minum bersama keluarga Qayyum sebelum mereka pulang kerana arwah akan menduduki peperiksaan akhir tahun pagi ini (semalam),” katanya.

Menurut Ahmad, selepas minum bersama keluarga itu di sekitar taman perumahan berkenaan kira-kira jam 10.30 malam, arwah pulang ke rumah sekejap untuk menghantar motosikal sebelum keluar semula menaiki motosikal Mohammad Zairi yang turut maut dalam kejadian itu.

 

Suka Tengok Bila Korang Komen!~

Click to comment