![]() |
KIRA-KIRA 200 keluarga nelayan tinggal sehelai sepinggang apabila kebakaran memusnahkan kira-kira 70 rumah di perkampungan nelayan Bukit Malut, Langkawi, Kedah, malam tadi |
LANGKAWI: Seramai 200 mangsa tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang memusnahkan kira-kira 70 rumah di perkampungan nelayan Bukit Malut, di sini, malam tadi iaitu kejadian terburuk di daerah ini sepanjang tahun ini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan, berkata sehingga jam 1.30 pagi tadi tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun sebahagian besar rumah terbabit hangus dalam kebakaran yang percayai bermula sekitar jam 11.40 malam.
Katanya, pasukan bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bergegas ke tempat kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan.
"Berdasarkan sejarah, ini adalah kebakaran ketiga terbesar di perkampungan ini selepas kejadian sama pada 2005 dan 2007," katanya.
p/s : teringat masa kecik bako kebun orang...kena kejar dengan mak pakai batang tebu...huhuh
Suka Tengok Bila Korang Komen!~