![]() |
PENOLONG Penerbit Primeworks Studio, Suhana Osman menerima anugerah rancangan hiburan terbaik daripada Lisa Surihani dan pelakon cilik, Mia Sara di PWTC, malam tadi. |
Kemenangan kedua selepas dinobat juara pada ASK 2006
KUALA LUMPUR: Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) mengungguli kategori Rancangan Hiburan Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.
Ia kemenangan kedua ABPBH selepas kali pertama dinobatkan juara kategori sama pada ASK 2006. ABPBH program berprestij anjuran Berita Harian yang mula diadakan pada 1987. Edisi 2009 disiarkan secara langsung oleh TV3, April lalu menewaskan empat program hiburan hebat lain yang dicalonkan kali ini.
Sementara itu, drama Antara Garisan arahan Shahrulezad Mohameddin mengungguli kategori Drama Terbaik, manakala filem Muallaf diumumkan Filem Terbaik pada malam Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.
Drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) mengetepikan 16 drama (telefilem) lain yang berentap, selain 12 drama rantaian dan lima drama komedi yang dicalonkan tahun ini. Sebanyak 24 kategori dipertandingkan pada ASK 2010 membabitkan pelbagai karya drama, filem serta karyawan muka baru dan lama.
Fauzi Nawawi menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Noorkhiriah (Pelakon Wanita Terbaik Wanita), Isma Yusoof (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama), Fadilah Mansor (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama), Antara Garisan (Anugerah Lakon TV Terbaik) dan Datang Bulan (Videografi Terbaik).
Sementara itu, filem Muallaf diangkat Filem Terbaik menewaskan 24 calon lain dengan Pengarahnya, Allahyarham Yasmin Ahmad dinobatkan Pengarah Terbaik Filem, manakala kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem diraih menerusi lakonan hebat, Sharifah Amani.
Aksi hebat Bront Palarae dalam filem Belukar sekali lagi menghadiahkan gelaran buatnya. Pelakon berdarah campuran Melayu-Siam-Pakistan-Cina itu dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik Filem selepas sebelum ini meraih gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23, Oktober lalu.
Aaron Aziz melalui filem Evolusi KL Drift 2 dan Nor Fazura (Pisau Cukur) meraih Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, manakala pengarah muda, Syamsul Yusof menang kategori Lakon Layar Terbaik Filem.
Drama Rantaian Terbaik dirangkul Nur Kasih lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz, sementara Simpang 3 (Drama Komedi Terbaik), Epik Suatu Ketika - Laskar Senoi siaran Astro Prima (Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik), Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu terbitan RTM (Rancangan Bual Bicara Terbaik).
Anugerah Juara Lagu ke-24 terbitan TV3 mengungguli kategori Rancangan Muzikal Terbaik, Showdown 2010 terbitan 8TV (Rancangan Realiti Terbaik), manakala program Aduan Rakyat terbitan TV3 (Laporan Khas/Berita Terbaik).
Majlis gemilang itu menyaksikan pelakon, Shaheizy Sam menerima Anugerah Khas Juri. Hadiah utama anugerah disampaikan Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan.
Info
p/s: tahniah ABP...tahun depan suruh orang lain cium plak ek.. :p
Suka Tengok Bila Korang Komen!~