-->

Tulis sesuatu dan tekan Enter

ads here
On
advertise here
ROSAK...sebahagian atap Blok H Pangsapuri Seri Cempaka, Bukit Sentosa yang diterbangkan angin, semalam.


BUKIT BERUNTUNG: “Saya dengar macam bunyi ombak ganas menghempas pantai ketika hujan lebat,” kata Zalina Mahmud, 43, menceritakan detik cemas kejadian ribut yang melanda Blok H Pangsapuri Seri Cempaka, Bukit Sentosa, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, sebahagian atap blok pangsapuri terbabit diterbangkan angin akibat hujan lebat. Ketika kejadian, kebanyakan penghuni tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Katanya, ketika itu dia membasuh pakaian di dapur manakala suaminya bekerja di ibu negara.
“Saya melihat atap jatuh satu persatu menghempap lima motosikal jiran yang diletakkan berhampiran,” katanya.

Menurutnya, dia memeluk dua anaknya iaitu Mohd Zikri Hasbullah, 5, dan Mohd Lokmal, 3, bagi mengelak mereka takut.

Sementara itu, ketua blok berkenaan, Talib Ahmad, 46, berkata, sejak tinggal selama 11 tahun di pangsapuri itu, kejadian berkenaan paling teruk.

Katanya, terdapat 80 rumah di situ, namun hanya 50 rumah berpenghuni.

“Kami merayu Kerajaan Pusat segera membaiki kerosakan dialami penduduk,” katanya.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan melawat dan meninjau kejadian itu berjanji akan membantu beberapa penduduk dengan membaiki rumah mereka yang rosak.

Katanya, pihaknya sudah memaklumkan kejadian itu ke Jabatan Perdana Menteri supaya tindakan segera boleh diambil untuk membantu mangsa.

“Ketika ini mangsa belum dipindahkan kerana rumah mereka masih selamat didiami. Kami akan segera memantau keadaan itu. Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah diterima bagi membantu mangsa,” katanya.

Kamalanathan berkata, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) diketuai Yang Dipertuanya, Tukiman Nail turut membantu dengan membersihkan dahan pokok besar yang tumbang.

p/s : semalam kat kampung pon ribut...tapi alhamdulillah semua selamat

Suka Tengok Bila Korang Komen!~

Click to comment