Bob Lokman meninggalkan dunia hiburan. Lebih tersentuh cara beliau meninggalkan alam hiburan. Dia tetap menunjukkan rasa hormat pada rakan-rakan hiburan. Tidak hilang begitu sahaja, sebaliknya memaklumkan pada umum, mungkin itu teknik dakwah berkesan, dengan siaran live, di hadapan semua orang. Sempat menyelit hal kematian dalam gelak-gelaknya.
KOTA SARANG SEMUT - Pemuda Pas seluruh negara yang berhimpun pada Himpunan Pemuda Pas 30K dikejutkan dengan kehadiran pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman di atas pentas bersama pemimpin tertinggi Pemuda Pas.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK), Mohd Nasir Zakaria berkata, kehadiran Bob Lokman dirahsiakan untuk memberi kejutan kepada Pemuda bahawa golongan selebriti juga tertarik kepada parti itu, sekali gus membuktikan Pas menjadi pilihan individu dari pelbagai latar belakang.
“Saya percaya penyertaan Bob Lokman akan menjadi nadi penarik kepada golongan muda. Ini juga membuktikan Pas bukan parti yang negatif dan tindakan itu dapat memberi nafas baru kepada golongan muda Pas, selain menunjukkan Pas tidak pernah pandang serong pada golongan artis,” katanya.
Pada perhimpunan itu, Bob Lokman menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, dan mendapat tepukan gemuruh hadirin.
blog beliau mengenai "kenapa pilih PAS" : http://boblokman.blogspot.com/2011/02/fi-sabilillah.html

kredit to hakimpenyu@syok.org
Suka Tengok Bila Korang Komen!~