-->

Tulis sesuatu dan tekan Enter

ads here
On
advertise here
Di Petik Dari Murai.com.my

Maharaja Lawak Medan Finalis RL Bersaing Sesama Sendiri


 


KUALA LUMPUR 28 DIS 2010: Mahu memberi cabaran kepada pelawak-pelawak keluaran Raja Lawak (RL), sebuah program baru, Maharaja Lawak (ML) bakal diadakan pada April tahun hadapan.(kira Tahun Ni la tu)
Pengurus Saluran Prima & Warna, Nizam Sani menjelaskan program baru tersebut memberi peluang kepada kesemua finalis RL dari musim pertama hingga kelima untuk beraksi bagi mempertaruhkan bakat dan kemahiran untuk menghiburkan masyarakat.

"Kita akan tampilkan pemenang pertama hingga ketiga bagi kelima-lima musim untuk beraksi di pentas Maharaja Lawak. Kita mahu melihat kehebatan dan kreativiti yang ada pada mereka untuk mencuri hati peminat sedia ada. Kami yakin program ini akan mendapat sambutan yang hangat," katanya kepada murai.com.my.

Bakal bersiaran selama lapan sehingga 10 minggu, format ML masih lagi dalam perbincangan dan akan disiarkan di Astro Warna kelak.

Jelas Nizam lagi, tujuan ML diadakan bagi memberi peluang kepada mereka yang kurang menyerlah untuk kembali bersinar.

"Kita tahu ramai pemenang tempat kedua, ketiga yang selepas RL terus hilang. Jadi saya harap program ini secara tak langsung mengembalikan nama dan diri mereka di persada seni. Ramai peminat yang bertanya mana perginya si A, si B jadi inilah peluang untuk mereka melihat semula pelawak kegemaran mereka untuk beraksi," ujarnya optimis rancangan itu akan berjaya menarik minat penonton.

Ditanya tidakkah sukar untuk menyatukan kesemua pemenang yang rata-ratanya sibuk seperti Nabil, Zizan dan Johan di pentas ML, jelas Nizam, tidak susah kerana idea ini telah lama dirancang.
"Malah kami sendiri sudah menempah mereka untuk bulan April ini. Jadi saya yakin segalanyanya akan berjalan dengan terancang," katanya.

Ini Pula Di Petik Dari Ohbulan.com


Pernah tonton Survivor : All Star? Konsepnya lebih kurang macam siri realiti tv tersebut, cuma Maharaja Lawak tidak’lah se-hardcore Survivor. Kali ini, Astro Warna akan melancarkan program tersebut yang menampilkan finalis-finalis Raja Lawak daripada musim pertama sehingga kelima untuk berentap dan merebut gelaran, Maharaja Lawak.


Kemungkinan besar, ada finalis-finalis yang akan berentap secara solo, atau ada yang masih mengekalkan status berkumpulan. Sesi sidang media yang akan berlangsung pada 22 Februari ini mengumumkan calon-calon Maharaja Lawak yang bakal berentap. Kami ingin melihat Zizan & Johan berentap atas tiket solo dan merebut gelaran tersebut. Atau, mungkin Nabil akan lancarkan aura terbarunya yang bisa mengamitkan jutaan lagi wanita single & cun di luar sana dengan lawak yang lebih superb.

Semuanya akan kita tahu selepas tarikh itu nanti. Oh ya, anda nak tengok siapa jadi Maharaja Lawak?

dari mstar.com.my plak

Jozan Saingan Kuat 'Maharaja Lawak' 

Zizan dan Johan bergabung sebagai kumpulan Jozan dalam program Maharaja Lawak. - Foto ROHAIZAT MD DARUS



PETALING JAYA: Pelawak Johan dan Zizan antara peserta yang bergabung tenaga bagi memberi saingan kepada peserta-peserta lain dalam sebuah program realiti pencarian pelawak terunggul daripada yang terhebat melalui program Maharaja Lawak bermula 1 April ini.

Program yang bakal diacarakan oleh bekas pengacara Akademi Fantasia, AC Mizal itu turut menampilkan beberapa pelawak popular yang lahir dari program Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima.
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani program realiti yang merupakan kesinambungan dari program Raja Lawak ini adalah bagi mengubati kerinduan peminat yang telah mengikuti program tersebut sejak musim pertama.

"Program ini menggunakan format yang sama seperti program Raja Lawak dan menampilkan hampir semua juara dan finalis dari musim pertama hingga kelima untuk berentap merebut gelaran Maharaja Lawak.
"Namun perbezaannya, para peserta bukan sekadar ditentukan sepenuhnya berdasarkan undian penonton melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tetapi akan diadili dengan pemarkahan daripada pihak juri sebenyak 50 peratus," katanya pada majlis pelancaran Maharaja Lawak, di sini, Selasa.



Taukeh dari Raja Lawak musim pertama turut bertanding dalam program itu.

Tambah Nizam, kelongaran diberikan kepada peserta sama ada menyertai secara individu atau berkumpulan.
"Kali ini kita lebih terbuka dan membenarkan mereka untuk tampil secara individu atau berkumpulan asalkan memenuhi kriteria khas iaitu iaitu finalis Raja Lawak.

"Selain itu mereka juga diberi kebebasan untuk bergerak dan tidak ditempatkan di mana- mana lokasi khas selain diberi masa selama seminggu lebih awal untuk membuat persediaan sendiri," katanya.
Antara peserta lain yang bakal berentap ialah Nabil, Jihan, Amir, Alex, kumpulan Sepah, Kecik & Idlan, XN3, Yus& Tauke.

Manakala tiga peserta yang bakal menjuarai progam Raja Lawak 5 yang sedangberlangsung.
Sementara itu, Johan dan Zizan yang mengelarkan kumpulan mereka sebagai Jozan menganggap pertandingan ini sebagai memperkuatkan lagi jenama Jozan.

"Kami masuk bukan untuk menang semata-mata tetapi juga sebagai memperkuatkan branding Jozan.
"Kami mengambil keputusan untuk berganding bersama kerana keserasian yang kuat jika berdua berbanding seorang," kata Johan.

Manakala Zizan turut tidak menafikan kekuatan peserta-peserta lain dalam program tersebut.
"Masing-masing ada kelebihan sendiri, sukar untuk meramalkan persaingan yang akan terjadi. Apa yang boleh saya katakan, kami lebih malu jika menang tapi tidak kelakar," katanaya.

Pemenang yang dipilih sebagai Maharaja Lawak akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000.
Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai sebanyak RM200,000 dan RM100,000 setiap pemenang.

Tiga juri tetap dipertanggungjawabkan menilai persembahan para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan.

Maharaja Lawak bakal keudara setiap Jumaat, pukul 10 malam, menerusi Astro Warna dalam Pakej Mustika.


p/s : siapa yang anda rasa akan jadi maharaja?



 

Suka Tengok Bila Korang Komen!~

Click to comment