![]() | |
KONG MENG (kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian daripada motosikal yang dilelong di IPD Timur Laut, George Town semalam. |
Motosikal itu adalah sebahagian daripada 118 buah kenderaan termasuk kereta yang merupakan barang kes dan barang yang tidak dituntut pemilik.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sejumlah RM11,830 berjaya dikutip dalam acara lelongan tersebut.
Katanya, ia meliputi 111 buah motosikal dengan nilai jualan RM9,180, enam kereta (RM2,290) dan sebuah van (RM360) yang kebanyakannya disimpan sejak tiga tahun lalu.
“Nilai lelongan tertinggi ialah kereta Nissan Cefiro pada harga RM710,” katanya.
Menurutnya, selain jenama Honda, motosikal yang turut dilelong ialah Yamaha, Kawasaki, Suzuki dan Modenas manakala kereta pula model Nissan Cefiro, Volvo dan Honda Accord.
p/s: nasib baik penang..kalau kat muo..aku pergi dah...
Suka Tengok Bila Korang Komen!~