-->

Tulis sesuatu dan tekan Enter

ads here
On
advertise here
Facebook Tidak Akan ditutup pada 15 Mac 2011 ini! Itu Kenyataannya. Khabar angin ataupun rumours bahawa Facebook akan Di tutup pada 15 Mac 2011 yang dah berlegar di Internet sejak beberapa hari lepas  ini hanyalah berita palsu yang ditimbulkan oleh Weeksly World New yang sememangnya dah biasa menimbulkan berita-berita palsu sebelum ini.

klik gambar untuk penjelasan


Facebook sememangnya laman sosial paling popular sekarang ini dan sentiasa memegang rekod carian terbanyak Google dan Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham.
Akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: 

"Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."

"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.
Akhbar itu juga melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.

klik gambar untuk penjelasan


So apa nak kisah kalo Facebook nak tutup pun, dRBook pun dah nak kuar..Sokonglah produk keluaran tempatan. Ahaks..Tak dapat nak bayangkan macam mana dRBook tu nanti. Cukuplah hari tu pun ada yang tiru Facebook sejibik2..tapi tak ke mana gak. Kalau ya nak keluarkan benda baru, kenalah lebih hebat dan bagus, bukannya meniru.

Bagi aku yang bukan pengguna tegar Facebook, aku tak kisah pun kalo Facebook ni nak tutup untuk maintenance ke apa ke. Tapi aku kesah kalo Blogspot yang closed..Dan lebih kisah kalau Internet takde. Rasanya memang aku akan menjadi orang yang ketinggalan zaman nanti. Korang kisah ke ?


p/s : sudah2 la pakcik rozmey...aritu cakap dua alam best la..kutipan berjuta2 la...ni pulak berangan nak bukak laman sosial... nak bukak laman sosial boleh...tapi jangan tiru laman sosial...

Suka Tengok Bila Korang Komen!~

Click to comment