-->

Tulis sesuatu dan tekan Enter

ads here
On
advertise here
MUSLIHA melihat keadaan Muzliya yang masih lemah di PPUKM semalam.


KUALA LUMPUR - Muzliya Shaqina Anbia yang cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 10 kuarters kediaman polis di Taman Miharja, Cheras kelmarin tidak menyangka tindakannya memanjat pagar koridor rumah akan mengundang padah.

Menurut ibunya, Muslihan Sairan, 45, anaknya memanjat koridor itu dengan harapan dapat memasuki rumah selepas mendapati pintunya berkunci sebaik pulang daripada sekolah pada pukul 3.45 petang.
Katanya, Muzliya, 13, masih lemah dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini.

"Saya memang terkejut dengan kejadian dan tindakan nekad anak saya itu tetapi saya bersyukur kerana Tuhan masih memanjangkan umurnya.

"Sebaik sedar selepas selesai membuat ujian X-ray di PPUKM, dia terus meminta maaf kepada saya. Saya memang sedih apabila melihat keadaannya yang cedera di mata kiri manakala tangan kanan serta kaki kirinya patah," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di PPUKM di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

p/s : kalau sendiri yang panjat dan tau padah kat situ pon boleh disetkan sebagai tak sangka ke?

Suka Tengok Bila Korang Komen!~

Click to comment