Ertinya : “Kamu senyum kepada saudaramu adalah sedekah, kamu melaksanakan amar ma’ruf dan mencegah kemungkaran adalah sedekah, kamu menunjuki seseorang yang sesat adalah sedekah dan kamu membuang batu, duri, dan tulang dari jalan adalah sedekah ” ~ Hadis riwayat Imam Bukhari dan at-Tirmizi.
Senyum…senyum…
Begitulah senyum dari sudut pandangan Islam, sifirnya mudah - senyum = sedekah = pahala. Bahkan hadis di atas juga menggambarkan betapa indahnya Islam dan betapa mudahnya berbuat baik serta mendapat pahala.
dengan senyuman seorang pemimpin mampu mengalahkan musuhnya,
dengan senyuman seorang wanita mampu menumpaskan lelaki yang gagah perkasa,
dengan senyuman pergaduhan bertukar menjadi perdamaian,
dengan senyuman seorang yang sedih mampu gembira,
dengan senyuman seorang yang sakit bertambah sihat,
dengan senyuman seorang bayi memupuk kasih kedua ibu-bapanya,
bak kata semua urusan menjadi mudah dengan SENYUM..!!
semua perkara di atas telahpun terbukti, tidak perlu aku sebutkan satu persatu secara terperinci, siapa yang banyak membaca dan memerhati pasti perasan situasi di atas.
Senyuman ibarat hadiah yang tidak disangka-sangka oleh penerimanya. Pernahkah anda mendapat senyuman daripada seseorang ? samaada orang tersebut adalah isteri anda, ibu bapa, kekasih, kawan, peniaga, penyambut tetamu, penjaga kaunter, cleaner hatta seorang pengemis dll….
apakah perasaan anda ketika itu? bukankah hati berasa lapang, fikiran terasa luas, nafas terasa segar .
jika anda tidak pernah mendapat senyuman itu bermakna anda seorang yang “sakit” , jiwa kacau dan hati yang tenat. Oleh itu..belajarlah untuk senyum, cam dalam iklan kat tv tu..budi bahasa budaya kita. Memang bagi mereka yang tidak pernah senyum, agak susah untuk memulakannya bahkan mereka rasa pelik jika menerima senyuman.
Senyuman juga satu bentuk senaman untuk otot-otot muka terutamanya mulut dan dagu. Menurut kajian behavioral psychologist pergerakan otot-otot dimuka kita akan meninggalkan kesan pada wajah kita, otot yang paling kerap digunakan akan muncul sebagai garisan-garisan halus dan kedutan apabila tua nanti. Bentuk garisan dan kedutan itulah yang menentukan kecantikan wajah kita bila dah berumur esok-esok. Kalau banyak senyum, maka garisan itu akan membentuk rupa wajah yang seindah senyuman tersebut (contohnya gambar di atas tu), mati pun dengan wajah tersenyum, bukankah itu indah? kalau yang selalu masam muka tu, anda boleh agak sendiri la macam mana muka depa bila tua nanti. Salah satu contohnya cam gambar ni :
Anda mahu muka anda macam ni bila tua kelak ? terpulang pada diri masing-masing.
Senyuman mampu menjadikan gambar hitam putih menjadi colorful, senyum adalah salah satu sifat kekasih kita Nabi Muhammad (s.a.w) , peribadinya MUDAH TERSENYUM ! Bila kita senyum, orang yang menerima rasa bahagia, bukankah membahagiakan saudara seagama itu satu kebaikan dan dibalas pahala?
bukankah dengan menerapkan peribadi Rasulullah dalam diri kita akan diganjarkan dengan pahala?
Bukankah ingin mengumpul pahala itu mudah?
bukankah Islam it mudah?
Namun senyuman yang indah datang dari hati yang suci dan bersih.
Pujangga boleh saja berkata apa yang diaorang mahu, janji berguna buat kita sudah. Antara madah pujangga ialah :
Senyum adalah kunci kebahagiaan, cinta adalah pintunya, kegembiraan adalah taman bunganya, iman adalah cahayanya dan keamanan adalah temboknya..dah penat membaca repekan meraban yang bukan sebarangan ?…
jom kita buat kerja!!!~
Suka Tengok Bila Korang Komen!~