-->

Tulis sesuatu dan tekan Enter

ads here
On
advertise here
pix_gal0

"England lebih mantap di bawah Roy Hodgson berbanding pada 2010. Mereka mereka lebih tersusun dan serangan balas mereka juga pantas,” kata pengendali Jerman, Joachim Loew.

Sebelum ini England cukup bersemangat, tetapi kini mereka disokong gaya permainan lebih kemas dan sukar ditembusi. “Dalam tempoh singkat, Hodgson membina pasukan baik, mantap dan bersedia menghadapi lawan mereka.



Mereka tidak kelam kabut seperti 2010. Sekarang mereka bermain sebagai satu pasukan. Secara taktikal, mereka lebih baik berbanding 2010,” katanya yang masih segar dengan kemenangan pasukannya mengatasi Greece 4-2 pada aksi suku akhir, awal pagi semalam.

Skuad kendalian Loew yang mempunyai jentera serangan berkesan itu, akan menanti pemenang antara England dan Itali, awal pagi esok pada aksi separuh akhir 28 Jun di Warsaw.

Dalam pertemuan terakhir di kelompok 16 terakhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jerman membelasah England 4-1.

Itali pula bukan pasukan sama tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia 2010 - pertama kali bekas juara dunia keluar terlalu awal. “Mereka bagus di bahagian pertahanan, bermain dengan baik. Kombinasi yang baik serta mempunyai pemain yang cukup pantas di bahagian serangan, amat berbahaya dalam serangan balas,” katanya. – AFP

Suka Tengok Bila Korang Komen!~

Click to comment