-->

Tulis sesuatu dan tekan Enter

ads here
On
advertise here


Selamat petang semua....

aku saje je nak kongsi dengan korang OST cerita ni... boleh tahan jugak la cerita nampak sweet² gitu..
(bapak ah..rasa gedik plak..phuii!!) ahahahaha...

tapi cerita ni memang masyuk mungkin pelakon² hensem dan cun dan menepati watak sebenar dalam Novel...

Kita tumpang story dari web kotak-lirik-lagu.com ...aku ni pemalas nak menulis..

 Drama Akasia Tv3 Setia Hujung Nyawa Adaptasi Dari Novel Karya Fatin Nabila

Yeah tu dia semakin laris melonjak naik nama penulis novel apabila ramai produksi filem yang ingin menterjemahkan karya novel ke drama.
Antara novel yang berjaya mendapat ramai penonton apabila ke drama ialah:

Novel Adam dan Hawa – Drama yang tengah hot

Nora Elena – Kasih Yang Suci (romantik giler Aaron Aziz dalam Drama ni)

Sehangat Asmara – Dijangka ditayangkan pada Januari 2013

Jauh – Lakonan Adi Putra Dan Fauziah Gous

Ada lagi tapi tak ingat,nanti saya update

Dan Kini Novel Setia Hujung Nyawa pula :





Judul :Setia Hujung Nyawa
Karya :Fatin Nabila
Pelakon : Ryzal Jaafar, Nelydia Senrose, Hairul Azreen dan Amar Asyraf

Sinopsis novel Setia Hujung Nyawa:
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
Selamat menonton yeay semua


Ni aku kongsikan dengan korang lagu² tema cerita ni..ni direct download..cepat download sebelum link mampos..hehehe...selamat menyedut!!~



Fiq (Mentor) Ft Gjie - Setia Hujung Nyawa ( Belum Release Sepenuhnya..So download yang ni Dulu - TV Rip)


**** Sila rename sendiri tajuk lagu tersebut..ok!~