-->

Tulis sesuatu dan tekan Enter

ads here
On
advertise here


Pilihan raya umum Malaysia ke-13 (PRU-13) adalah sebuah pilihan raya Malaysia kali ke-13 yang akan berlangsung  pada 5 Mei 2013 setelah secara rasminya parlimen dibubarkan pada 3 April yang lalu
Bagi individu yang pertama kalinya untuk mengundi tentunya tertanya-tanya dan memikirkan bagaimana cara dan langkah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi
Ia sangat mudah hanya ikut 7 langkah dan cara seperti berikut
Sebelum pergi mengundi, pastikan anda telah menyemak lokasi mengundi anda (Klik)

Kalau korang nak pakai SMS boleh ikut langkah ini :

 Taip SPR SEMAK No. K/P dan hantar ke 15888


1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk
2. Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari
3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil
4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih
Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga
5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja
6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen
7. Keluar segera dari tempat Mengundi
Tahniah! Anda telah berjaya melalui proses pengundian. Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dengan baik