Peristiwa Serangan Balai Polis Bukit Kepong..
23/02/1950 ...........
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di
Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.
Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang
komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga
seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata
apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-
anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4
yang menyerang dan menurut kandungan buku "Memoir Abdullah C.D.", diketuai oleh Muhammad
Indera, seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun komunis Melayu..
Hal ini juga disahkan oleh Chin Peng semasa wawancara oleh penulis buku Dialogues with Chin
Peng: new light on the Malayan Communist Party By C. C. Chin, Karl Hack. [4] Menurut
rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran
sahaja ..bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi
tragedi buruk.
Pihak komunis mengepung Balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya
mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 0415H.
Apabila Mata-Mata Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis
yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang
dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini
mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis
tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah
bilik Kawalan.
Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil
Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka
menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis
yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa
pertempuran.
Sekitar pukul 0500H pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan
Penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk memberi bantuan. Mereka diserang hendap oleh
komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang
kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar
masa ini, kedua-dua kedudukan Bren Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 0700H, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada
Mata-Mata Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam
merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini
Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.
Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila
mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Mata-Mata
Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang
pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan
botnya.
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis.[6]
Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3
orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar
dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya
tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak
mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk
kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak
berkuasa mengenai serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan
membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan
kemusnahan dan kematian.
Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam
api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang
dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar
Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian
tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah
4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
# bantuan dari perkampungan berdekatan
Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema
kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Mukim, Ali
Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 anggota AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/
Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan
sekitar setengah kilometer dari balai polis Bukit Kepong. Keupayaan senjata mereka amat terhad
berbanding pengganas komunis yang menggunakan senjata automatik dan separa automatik
berbanding raifal, shotgun dan revolver yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa
pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan
tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.
Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Penghulu Ali Mustafa mengarah anggotanya berundur
sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong
menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan,
mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam
kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada jam 1000H dan
ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.
Apabila pengawal kampung memasuki pekan Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan
akibat serangan kejam tersebut. Penghulu Ali Mustafa mengambil alih pentadbiran pos luar
tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar dan Lenga. Pertempuran Bukit Kepong
dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan
dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang
pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang
komunis.
Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis
Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texas) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan
berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.
# mereka yang gugur dalam pertempuran
Anggota Polis
Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)
Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)
Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar
Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman
Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan
Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh
Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam
Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim
Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad
Polis Bantuan / Auxiliary Police
Ins. Kudarina Naknok
AP 2130 Samad bin Yatim
AP 1912 Mahmud bin Sa'at
AP 1925 Ali bin Akob
AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
Fatimah binti Yaaba - isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
Hassan bin Abu Bakar - anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
Saadiah - isteri Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Simah binti Abu - anak Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Arafah binti Yusoff - isteri Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar
balai polis
AP 2098 Redzuan bin Alias
Embong bin Lazim
Mendiang Koh Ah Cheng
Al fatihah untuk mangsa beragama islam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Suka Tengok Bila Korang Komen!~