Seorang gadis umur 20 tahun hendak bernikah tapi dia tak
nak couple-couple nih, tambahan dia mahukan seorang
suami yg 'ultra warak'. so dia pun buat hebahan yang dia
sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dengan
syarat:
1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.
Tak ada seorang pun laki sanggup nak terima ketiga2
syarat tu kecuali seorg jejaka yang sederhana perwatakan
dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn
lelaki tersebut.Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan
tu perhatikan jejaka tu.
"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Mcmana nak puasa
setahun?"
"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak
solat malam ke?"
Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia
anggap jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat
mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh
suaminya"
"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yg saya letak. Dah
kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si
pempuan pada hakim.
Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2
nikah yg isteri kamu letakkan?""Ingat, yang arif. Puasa
sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari,
khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan
nada lembut.
Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"
pemuda tu selamba jawab, "buat."
Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Mcm
mana ni?"
Pemuda itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang
arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya
buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"Hakim tidak puas
hati, "baik. Hari ni kamu puasa tak?"
"Tak."Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa
hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa
sepanjang tahun?"
Pemuda itu selamba menjawab,
" Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu
menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya
menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka
seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa
Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah2
berpuasa sepanjang tahun."
Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam Al
Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun
susah nak cari mashba.Pemuda itu terus menjawab, "saya
baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.
Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3
kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan Al
Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.
Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak,
bagaimana kamu buat?"Pemuda itu sekali lagi senyum.
"Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah.
Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada
waktu Isyak dan Subuh maka seolah2nya dia telah
beribadah sepanjang malam"
dia terus menyambung,"Islam itu indah, yang arif. Tetapi
kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu
berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan
sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding
kuantiti.
Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka
pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg
menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah
mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan
apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah,
semua itu hanya sia-sia.
Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun.
"Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh
seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat
berilmu.Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."
Si suami tersenyum puas..
*3 amalan ini bukan hanya dikhususkan kepada lelaki ,
perempuan juga boleh mendptkan nye peringatan
bersama.. Mari kita lakukan bersama..Subhanallah Islam
Itu Indah
Semoga amalan2 baik didatangkan kekuatan utk saya dan
seluruh ummat beramal dgn nya... Baca tau Dgn Niat
baik . . Kita berbagi doa ke sesama muslim....
Pengguna Paypal Sahaja - http://goo.gl/oy01aB to earn amazing rewards for trying free apps. Use code 1607073 for 200 Bonus Credits!
Suka Tengok Bila Korang Komen!~