-->

Tulis sesuatu dan tekan Enter

ads here
On
advertise here
TAN Sri Mohamed Apandi Ali.

 
      

              KUALA LUMPUR: Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara berkuatkuasa semalam. Mohamed menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Patail yang dilantik ke jawatan itu sejak 2002. Pengumuman itu dibuat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa sebentar tadi. Perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai 2015 atas sebab-sebab kesihatan, kata kenyataan itu.

              Ali merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas khidmat Abdul Gani dan berharap sentiasa beroleh kesihatan yang memuaskan. "Beliau (Gani) akan terus berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga bersara wajib pada 6 Oktober ini. "Sehubungan itu, mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri, memperkenankan pelantikan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara Persekutuan yang baharu, berkuatkuasa 27 Julai lalu," katanya. "Sehubungan itu, mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan, yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri, memperkenankan pelantikan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara Persekutuan yang baharu, berkuatkuasa 27 Julai lalu," katanya. 

               Mohamed Apandi berkelulusan LLB (Hons) University of London dan Bar-At-Law, Inner Temple, London selain pernah mengikuti pengajian di Institute of Advanced Legal Studies, London. Antara jawatan yang pernah beliau pegang adalah sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu; Timbalan Pendakwa Raya bagi Kelantan dan Terengganu; Hakim Mahkamah Tinggi Malaya; Hakim Mahkamah Rayuan serta Hakim Mahkamah Persekutuan.

Tan Sri Abdul Ghani Patail

Suka Tengok Bila Korang Komen!~

Click to comment