-->

Tulis sesuatu dan tekan Enter

ads here
On
advertise here

Tips2 penting pada anda yang ingin balik kampung sama ada balik kampung isteri atau balik kampung sendiri yang ini mungkin berguna untuk kemudahan,
kesenangan anda ketika bermusafir kelak.

1. Rancang perjalanan anda.
Bab merancang ini bukan setakat, rancang nak makan mana sahaja, tapi rancanglah
dimana laluan yang anda akan ambil atau lalui, rancangan masa perjalanan anda,
rancang bajet yang akan digunakan bila balik kampung nanti.

2. Periksa Kenderaan anda.
Pastikan kenderaan mendapatkan senggara yang mencukupi untuk elakkan perkara-perkara yang tak di ingini. Malang tak berbau, kalau berbau dia akan jadi “harum sundal malam” pula. Dengar kata kenderaan dijalan raya tahun ini makin meningkat, jadi bersiap sedialah dari segala kemungkinan terutama bila balik kampung macam raya ni.

3. Dapatkan rehat yang mencukupi.
Pastikan badan anda tip-top, maklumlah dibulan puasa ni memang badan akan
kurang rehat dan tidur disebabkan aktiviti ibadah dan berqiamulail.

4. Bawa beg dan pakain yang mencukupi dan berpatutan.
Jangan bawa pakaian yang terlampau banyak, ini juga akan memberi kesan kepada
minyak dan kenderaan anda. Memang muatan yang berlebihan akan memberikan tekanan kepada tayar.

5. Laporkan di jiran, rukun tetangga taman anda atau balai polis.
Sebaik-baiknya  buat lah laporan ke balai polis  atau jiran-jiran  yang berhampiran tetang niat anda untuk balik kampung. Kalau anda yang tidak balik kampung tu rajin-rajinlah meninjau keadaan rumah jiran anda. Manalah tahu ada yang ingin mencari duit raya tanpa izin.

6. Jaga Ibadat.
Bila memulakan perjalanan balik kampung jangan lupa mulakan dengan bacaan doa naik kenderaan, banyakkan berzikir seperti bila naik bukit berzikir dengan Allahhuakbar, bila turun bukit baca Allhamdulliah, bila jalan rata baca Subhanallah. Satu lagi apa yang saya perhatikan ramai ambil ringan pasal solat ketika bermusafir, Allah swt dah beri kemudahan boleh jamak dan qasar. Jamak maksudnya kumpulkan solat dan qasar maksudnya pendekkan solat tu. Semuanya Allah swt sudah beri kemudahan pada kita untuk amalkan. Barulah terhindar diri kita dan keluarga dari segala bala bencana. Inshaa Allah.


Suka Tengok Bila Korang Komen!~

Click to comment