-->

Tulis sesuatu dan tekan Enter

ads here
On
advertise here

First time aku dengar nama kuih ni. dari semalam viral kat tv..rasa memang sedap kot.

bila aku tengok kuihnya, nampak lebih kurang macam kuih kaswi/kentut je.huhuh

tapi xkesahla..betul ke salah. sebab aku memang kureng sket makan kuih ada parut parut kelapa ni. cuma bila tengok video ni, peh punye la murah rezeki Allah tu kan, seronok akak ni kan.

selamat berguling kerbau ek...heheheh

ni ada resepi aku nak share, kredit kat amirnawawi.com

Resepi Kuih Kerbau Guling
Bahan-bahan
250gm tepung beras
150 gm tepung jagung
3 sudu bsr tepung beras pulut
200 gm gula
1/2 sudu teh kapur makan
1/2 cawan santan pekat
Air 1 liter stgh
Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya)
Secubit garam
Cara-cara
Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.
Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.

Sediakan bekas yang bersih. Pasikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.
Sediakan kelapa parut dari kelapa muda. Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung. Tak sedap nanti. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.
Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut. 
Dah siap!
Macamana? Bolehlah cuba masakan ini sendiri nanti. Sebenarnya pembuatan lebih kurang seperti membuat kuih kasui sahaja. Cuma kali ini ianya bewrana hitam.
Selamat mencuba

Suka Tengok Bila Korang Komen!~

Click to comment