-->

Tulis sesuatu dan tekan Enter

ads here
On
advertise here
Rasa Cam best plak baca artikel nie...
saja nak kongsikan dengan kawan aku yang lawat Bloganville aku ni...
Jom Kita Baca Sama²...
yang mana boleh dijadikan tauladan...
ambik simpan dalam poket...hehehe

.: Bintang realiti :.


*Gambar Hiasan

TERLALU banyak program realiti ketika ini. Semuanya gara-gara demam Akademi Fantasia (AF). Kemudian stesen berlumba-lumba untuk menganjurkan rancangan realiti sendiri. Malah cuba mempromosikan program realiti mereka sebaik mungkin.

Berbanding dulu, tak siapa pun peduli apa itu program realiti biarpun RTM sebenarnya telah mempelopori rancangan seumpama ini sejak sekian lama apabila menerbitkan Bintang RTM.

Sudah berapa ramai artis besar yang dilahirkan menerusi program tersebut. Lihat sahaja Jamal Abdillah, Sudirman Haji Arshad, Rohana Jalil misalnya, mahupun yang lebih muda seperti Misha Omar dan Azharina Azhar.

Wanda harus tabik kepada mereka. Memiliki bakat alam dan lebih penting, masih kekal hingga hari ini dan Sudirman, walaupun telah pergi meninggalkan kita sejak 17 tahun lalu, bakatnya terus dikagumi hingga hari ini dan mungkin untuk selamanya.

Seharusnya, jika mahu melahirkan satu program realiti nyanyian, hendaknya bakat yang dicungkil juga mampu kekal bertahan dalam industri. Jangan pula hari ini masuk program realiti, esok keluar entah ke mana. Berapa ramai yang begitu. Lihat sahaja, berapa kerat pelajar AF yang mencipta nama dalam bidang nyanyian? Maksud Wanda yang berjaya, bukan sekadar suam-suam kuku.

Ketika ini, Wanda pasti kegilaan orang ramai tentunya kepada AF musim ketujuh (AF7). Saban malam, orang akan menantikan ‘drama’ pelajar-pelajar di bawah didikan pengetua yang kali ini diterajui Principal Datin Seri Tiara Jacquelina.

Demamnya menenggelamkan program realiti nyanyian yang lain yang terlebih dahulu disiarkan dan masih ditayangkan. Tak percaya? Bukankah AF sebuah program realiti paling popular seperti yang diuar-uarkan selama ini.

Tapi Wanda agak hairan, biarpun ramai yang tahu akan adanya “peralihan” khalayak namun stesen-stesen televisyen tetap meneruskan program realiti.

One In A Million (OIAM) sedang berlangsung dan stesen lain tetap juga menghimpunkan program realiti mereka, misalnya RTM yang bakal menyerlahkan bakat-bakat baru dalam Bintang RTM yang bakal bermula awal April nanti.

Jadi sekarang, sudah ada tiga program realiti nyanyian yang sedang menunggu tayangan bersilih ganti. Bayangkan! Bukan sahaja nak menonton gelagat dan bakat mereka. Lebih utama, mahu tahu ke mana arah mereka selepas tamat program yang disertai. Jadi artis rakaman atau tidak?

Menariknya tahun ini, ada dua adik beradik yang berlumba mendapatkan tempat terbaik dalam program yang disertai.

Tomok berjuang dalam OIAM dan kakaknya, Isma dalam AF. Masing-masing pernah berpengalaman sebagai artis tetapi masih sanggup menjadi ‘orang biasa’ semata-mata untuk menyertai program realiti. Ada juga bintang AF menyertai pula pertandingan OIAM seperti Amylea yang khabarnya memberi saingan sengit kepada peserta lain.

Lihatlah betapa hebatnya ‘kuasa’ rancangan-rancangan sebegini. Lalu, tidak hairanlah jika Astro terus menerbitkan program realiti dan terkini satu program baru pencarian bintang drama khusus untuk mencari pelakon-pelakon baru yang dianggap mampu menjadi pelapis generasi lama.

Anak Wayang tajuknya. Maka Wanda percaya, akan berduyun-duyunlah anak muda kita beratur di setiap lokasi untuk diuji bakat.

Dan kemudian akan menangislah mereka mengalahkan pelajar terbaik yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sepenting SPM atau STPM gara-gara nasib tidak menyebelahi mereka kerana ‘tak lulus ujian’ daripada juri yang menilai.

Alahai...!

Suka Tengok Bila Korang Komen!~

Click to comment