aku tgk tajuk dia je dah lawak dah...
saje je nak post sini..bagi semua orang baca yang manyur ni ayam je sebenonye...bukan ape pon..
dengan fulham pon kalah..malu aih!
kat sini aku taruk gambar tambahan atas tersungkurnya si manyur nie ha...

*Gambar Hiasan je ni
LONDON: Kedudukan Manchester United di tangga teratas Liga Perdana Inggeris kini semakin tergugat, apabila skuad bimbingan Sir Alex Ferguson itu tewas mengejut 2-0 kepada Fulham pada perlawanan di Craven Cottage, malam tadi.
United memulakan perlawanan dengan terus melancarkan serangan ke kubu tuan rumah dan Dimitar Berbatov memiliki peluang awal untuk meletakkan pasukannya di depan seawal minit kelima, tetapi tandukannya, selepas menerima hantaran lintang Patrice Evra, sedikit melepasi palang gol.
Fulham kemudian mula menghadirkan ancaman kepada United pada minit ke-11, apabila Bobby Zamora berjaya melepasi kawalan benteng United dan melepaskan rembatan kencang dari jarak 25 meter yang melepasi palang lawan.
Tuan rumah akhirnya membuka jaringan menerusi sepakan penalti Danny Murphy pada minit ke-17 selepas Paul Scholes (gambar) sengaja menampan bola tandukan Zamora yang menuju ke gawang dengan tangan yang mengakibatkan dia dikenakan kad merah.
Fulham kemudian mula mengimbangi semula perlawanan dan berjaya menambah gol kedua menerusi jaringan Zoltan Gera pada minit ke-85, gol berpunca daripada hantaran silang Andy Johnson dari sebelah kanan yang gagal disekat benteng United.
Juara bertahan Inggeris itu kemudian bertambah tertekan apabila Wayne Rooney dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-87 dan kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat permainan. - Agensi

Suka Tengok Bila Korang Komen!~