![]() |
HANGUS...Mathiarasan (kanan) melihat motosikalnya yang hangus akibat dibaling bom petrol, semalam. |
KLANG: Kediaman Ketua Cawangan MIC Klang Sentral, JR Mathiarasan di Meru, dekat sini, dibaling bom petrol menyebabkan tiga motosikal dan sebuah pacuan empat roda miliknya rosak.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi semalam dan ia disedari mangsa dan ahli keluarganya selepas terdengar letupan kuat di depan rumah mereka.
Difahamkan ketika kejadian mangsa dan ahli keluarga baru hendak tidur selepas pulang dari menyambut Pesta Ponggal yang dianjurkan MIC Cawangan Klang Sentral.
Mathiarasan berkata, sejurus kejadian dia, isteri dan anaknya cuba memadam kebakaran yang mula merebak membabitkan motosikal dan tempat letak kenderaan.
“Walaupun api dipadamkan beberapa minit kemudian, tetapi tiga motosikal iaitu dua Honda EX5 dan Suzuki hangus, manakala cermin Hilux pecah berderai akibat dibaling objek keras.
“Saya syak ini perbuatan khianat dan bermotif politik,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
![]() |
PECAH...siling di bahagian depan rumah Mathiarasan turut pecah. |
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan mangsa.
Mangsa mendakwa mengalami kerugian lebih RM20,000.
Menceritakan lebih lanjut kejadian, Mathiarasan berkata, dia tidak melihat kelibat individu mencurigakan sebelum kejadian dan mendakwa sejurus tiba di rumah kira-kira jam 12.30 malam, mereka sekeluarga masuk tidur akibat kepenatan.
“Saya menemui beberapa tin dan botol minuman keras berdekatan kawasan rumah dan saya syak ia perbuatan khianat,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Meru kira-kira jam 4.30 pagi.
p/s : teringat eksiden di lebuhraya pedas linggi menyebabkan fairlady 350z terbakar rentung depan mata..
Suka Tengok Bila Korang Komen!~