01/02/2011 1:19pm
JOHOR BAHRU 1 Feb. — Sehingga pukul 10 pagi ini terdapat 45,145 mangsa banjir daripada 11,104 keluarga di 267 pusat pemindahan di seluruh Johor, demikian lapor portal rasmi kerajaan negeri Johor.
Laporan di www.johordt.gov.my itu menyebut daerah Segamat mencatatkan jumlah mangsa teramai iaitu 19,441 orang membabitkan 4,791 keluarga, diikuti Kluang (9,239 orang daripada 2,449 keluarga.
Sehingga kini dua kematian dilaporkan membabitkan dua wanita dalam kejadian di Segamat dan Kulaijaya pada Ahad lepas.
Sementara itu, jalan yang masih ditutup di Segamat membabitkan Batu 8 di Jalan Muar-Segamat, jambatan Sungai Penarah di Km 63 Jalan Muar-Segamat, Km 217 Jalan Johor Baharu-Seremban (Taman Anggerik) dan jalan masuk ke Felda Redong akibat jambatan runtuh.
Di Kluang pula, jalan yang ditutup ialah di Km 79 hingga Km 81 Jalan Kluang-Mersing dan Km 75 Jalan Kluang-Jemaluang, manakala di Kota Tinggi membabitkan Km 3 Jalan Kampung Kelantan-Panti. —Bernama
p/s : cemana nak balik uma mertua ni kat kota tinggi..
Suka Tengok Bila Korang Komen!~