-->

Tulis sesuatu dan tekan Enter

ads here
On
advertise here
Paris – Biadap dan kurang ajar. Itu perkataan yang layak diberikan kepada lelaki gay ini, iaitu Mohammed Ludovic Mohammed Zahed yang menghina Islam.
Dia yang berasal dari Algeria mencipta kontroversi dengan merancang untuk membuka sebuah masjid untuk golongan gay pada penghujung bulan ini.

Lebih buruk, masjid itu akan menjadi tempat pernikahan sesama jenis dan dalam masa sama wanita yang bersolat di masjid itu tidak perlu menutup aurat.
Mereka juga boleh bersembahyang di belakang lelaki tanpa perlu sebarang pengadang .

Bagi lelaki keji ini, tujuan dia berbuat demikian adalah untuk membuang diskriminasi dan perbuatan kurang ajar itu dikatakan satu transformasi dalam Islam.
Lelaki gay ini telah berkahwin dengan kekasihnya yang berasal dari Afrika Selatan dan dia mendakwa perkahwinan itu diiktiraf oleh imam di Perancis.

Namun kerajaan Perancis tidak mengiktiraf perkahwinan berkenaan yang dilakukan di negara asal `kekasihnya’ itu.
Lelaki yang terpesong ini memberitahu, masjid itu akan turut mengadakan sembahyang Jumaat, upacara angkat nikah golongan sesama jenis dan melaksanakan pengkebumian bagi golongan gay.

Ketika masjid ini menjadi masjid untuk gay pertama di Paris, dipercayai terdapat 21 masjid untuk golongan berkenaan di Amerika Syarikat, Kanada dan Afrika Selatan.
Perkahwinan sesama jenis ini sendiri mendapat tentangan daripada penduduk Perancis.

10 hari lalu, satu protes telah diadakan melibatkan kira-kira 70,000 orang yang menentang negara itu mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.




Sumber - mynewshub.my

(kata 2 dari sy)*Astaghfirullahaladzim....
Hadis & Firman Allah tentang golongan Gay & Pondan:-
Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w, Allah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki.

Firman Allah.. “Dan Nabi Lut juga (kamu utuskan), Ingatlah ketka ia berkata kepada kaumnya: “patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? "sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW...“Empat golongan yang berada dalam murka Allah pada pagi dan petang, iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan (pondan), perempuan yang menyerupai lelaki (tomboy), penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat (homoseksual)”

Daripada Ibnu Abbas.sabda Nabi s.a.w....“Barangsiapa yang kamu dapati mengamalkan amalan kaum Nabi Lut, maka hendaklah kamu bunuh pembuat dan orang yang kena buat” (Sunan Abi Daud : 3869)


Daripada hadis dan firman di atas jelaslah bahawa Allah melaknat golongan Gay & Pondan..Semoga Allah menjauhkan kita daripada golongan2 yang di laknat.Nauzubillah!

Suka Tengok Bila Korang Komen!~

Click to comment