-->

Tulis sesuatu dan tekan Enter

ads here
On
advertise here

 

 Aku terasa kat tekak nak makan nasi beringin padahal taktau nak buat...kalau korang pernah buat, macam ni ke nasi beringin? mama...please nak makan nasi ni... :)

 

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras biasa
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • ½ biji bawang besar (yang kuning)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5~6 Batang Serai
  • 1 sudu Besar marjerin
  • Air untuk menanak nasi
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia
  2. Titikkan serai
  3. Panaskan periuk dan cairkan marjerin
  4. Tumis dahulu jintan kasar
  5. Kemudian tumis bahan2 yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik
  6. Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa
  7. Tunggu lah nasi ni.. dan tahanlah perut bila hidu bau wangi nasi ni...ok...selamat mencuba! 
Source : http://www.myresipi.com/top/detail/7767

Suka Tengok Bila Korang Komen!~

Click to comment