-->

Tulis sesuatu dan tekan Enter

ads here
On
advertise here



Rata-rata pemilik laman web dan blog biasanya menggunakan font seperti Arial, Georgia, Times New Roman, Trebuchet MS, Tahoma, Verdana dan sebagainya untuk blog mereka. Kini, dengan adanya Google Font API membolehkan pemilik laman web atau blog menukar bentuk teks pada blog dengan menggunakan font yang terdapat di Google Font Directory. Ada beberapa jenis font disediakan dengan bentuk yang menarik dan boleh digunakan bagi mengganti font asal pada blog.
Tergerak hati untuk cuba benda ni selepas baca entri “Blog melayubuntu kini menggunakan font Ubuntu“. Aku dah lama nak guna font Ubuntu untuk blog ni. Semuanya gara-gara sejak aku berkenalan dengan Ubuntu. Serius aku rasa cantik je font yang diguna dalam Ubuntu OS. Google Font API pun dah sediakan font Ubuntu dalam Google Font Directory. So, boleh la guna untuk cantikkan font blog.
Aku tengok blog-blog lain pun dah banyak yang gunakan Google Font API. Aku pula baru semalam cuba benda ni. First try, gagal. Takde apa-apa perubahan berlaku. Rupanya aku tersalah buat. Biasa la, budak baru belajar blogging kan. Huhu..

Cara menggunakan Google Font API

Apa yang perlu dilakukan adalah buka laman web Google Font Directory, pilih font mana yang korang berkenan dan tekan tab “Use this font“. Kemudian, copy code yang disediakan di halaman tu dan masukkan (paste) di bahagian tag dalam blog korang. Contoh code adalah seperti di bawah ni.

Contoh code yang diberikan:




'http://fonts.googleapis.com/css?family=Yanone+Kaffeesatz' rel='stylesheet' type='text/css'>

Code yang telah dimasukkan ke dalam tag (highlight)


Ini Belog Saya

'http://fonts.googleapis.com/css?family=Yanone+Kaffeesatz' rel='stylesheet' type='text/css'>



Langkah seterusnya, tentukan bahagian mana pada blog yang korang nak gunakan Google Font API tu. Mungkin korang nak guna hanya untuk tajuk entri, mungkin untuk teks entri, mungkin untuk sidebar, atau mungkin untuk keseluruhan blog. Sebelum tu, korang perlu kenalpasti dulu tag pada bahagian yang dikehendaki tu sama ada ianya menggunakan tag

atau

atau sebagainya (ikut CSS blog masing-masing). Kemudian, masukkan code yang diberikan ke dalam stylesheet (css) theme blog korang. Contoh:


1h1 { font-family: 'Yanone Kaffeesatz', arial, serif; }

Setiap theme blog mempunyai CSS yang berbeza-beza. Oleh itu, pastikan korang tau struktur coding bagi theme yang korang pakai. Untuk memudahkan kerja-kerja coding ni, aku saran korang guna Firebug untuk edit code tanpa mengganggu theme blog. Firebug sangat-sangat membantu untuk buat live editing.

Google Font Previewer

Google Font Previewer juga ada tersedia bagi membolehkan korang edit font yang nak digunakan. Korang boleh edit dari segi saiz, buat shadow, tetapkan spacing dan lain-lain. Setiap perubahan yang korang buat pada font tu akan menghasilkan code dan korang hanya perlu copy paste code tersebut masukkan ke dalam fail CSS blog korang.


Google Font API ni boleh digunakan pada mana-mana blogging platform, tak kira Blogspot ke WordPress ke asalkan ianya ada memberi kita fungsi untuk edit coding theme. Untuk laman web jenis static HTML pun boleh gunakannya, cuma code untuk font tu perlulah dimasukkan pada setiap page di bahagian tag (bagi web yang mempunyai banyak page).
Amacam? Taknak cantikkan font blog korang ke? Cuba la. Semoga berjaya.

Artikel asal - http://anarm.net/blog/google-font-api-cantikkan-font-blog.html#ixzz2HuZBqWUA

Suka Tengok Bila Korang Komen!~

Click to comment